23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Isu khalwat: Islam tak ajar kita pecah rumah orang – Tun M

Must read

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa tidak ada lagi operasi mencegah khalwat lewat malam di kediaman persendirian.
Beliau berkata, ajaran Islam yang sebenar tidak pernah membenarkan penganutnya mencari kesalahan orang lain.

“Islam tak suruh kita pergi mencari orang, nak mencari salah saja, tak suruh. Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia di Petrosains, KLCC, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mujahid, bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup bukan urusan kerajaan.

Kenyataan itu dilihat menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Melayu Islam konservatif dan menjadi perbualan hangat di laman media sosial.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata jika terbukti seseorang itu melakukan perbuatan yang melanggari kehendak agama, ada acara yang lebih ‘lembut’ untuk untuk menghukum mereka.

“Islam bukan agama yang kejam. Ia bukan semata-mata mengenai memotong kepala atau tangan. Bukan itu maksudnya.

“Ada cara yang lebih ringan, tetapi orang-orang ini hanya mahu mengganggu orang lain, memotong tangan dan kepala…itu bukan cara Islam yang sebenar,” tegasnya lagi.

Ditanya sekiranya kerajaan kini lebih mengutamakan hak asasi manusia berbanding tuntutan agama, Dr Mahathir berkata nyawa seseorang juga perlu diambil kira.

“Hak kita sebagai manusia, memang agama mengambil berat tentang nyawa seseorang.
“Bukan mudah nak bunuh orang, potong kepala because that is killing people and Islam doesn’t agree about killing. You kill, you incur a sin (sebab itu satu pembunuhan dan Islam tidak benarkan pembunuhan. Anda bunuh, anda melakukan dosa),” katanya lagi.

Related Articles

Video
YouTube