26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

Must read

Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran Menteri Besar seperti permintaan UMNO.

Walaupun Pas sebelum ini dilaporkan enggan menyertai kerajaan negeri baharu atas prinsip solidariti dengan PPBM, namun isyarat terbaharu Istana mungkin mengubah keadaan.

PPBM juga dilihat sedia bertolak ansur berikutan kenyataan Timbalan Presidennya yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik di negerinya

Pengerusi BN Perak Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Adun Kota Tampan dikatakan telah mendapat sokongan bertulis 25 Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO dan hanya menunggu sokongan PPBM dan Pas.

Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini mempunyai 32 Adun dengan BN merupakan parti terbesar sebanyak 25, diikuti PPBM (4), PAS (3). Selain itu kerajaan negeri Perak ini turut di sokong oleh seorang Adun Gerakan.

BN hanya memerlukan 30 Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Related Articles

Video
YouTube