29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

PKP 3.0 lebih ketat di umum esok kata Tok Abah Kau

Must read

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang lebih ketat dalam sidang akhbar esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam satu kenyataan berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan Covid-19yang berlangsung petang tadi telah membuat keputusan untuk mengetatkan lagi PKP 3.0 terhadap sektor ekonomi dan sosial.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang Khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial,” katannya dalam satu kenyataan.

Sidang Khas MKN dipengerusikan Muhyiddin itu membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

Mesyuarat tersebut turut meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berhubung status terkini kes Covid-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Turut dibincangkan status pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei lalu yang menyaksikan Prosedur operasi standard (SOP) telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah.

“Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya.

Sidang Khas yang berlangsung hari ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

Related Articles

Video
YouTube