29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Iran tahan lelaki China muat naik gambar wanita di media sosial

Must read

DUBAI: Pihak berkuasa Iran menahan seorang lelaki China yang didakwa memuat naik gambar wanita dikenalinya dalam media sosial tanpa kebenaran mereka, kata seorang pendakwa raya di bandar Kashan kepada agensi berita tempatan hari ini.

Pendakwa raya Ruhollah Dehqani memberitahu agensi berita ILNA, polis dan pasukan risikan menahan lelaki terbabit di sebuah plaza tol di bandar itu.

Lelaki itu didakwa bercakap gah di media sosialnya berhubung betapa mudah dia mengenali wanita Iran, sebelum memohon maaf dan menyatakan dia sudah memadam semua gambar, dalam catatan berikutnya.

Undang-undang Islam Iran melarang hubungan wanita dan lelaki tiada kaitan, dengan pihak berkuasa kerap mengambil tindakan terhadap gambar dimuat naik ke media sosial yang dianggap tidak bermoral.

Related Articles

Video
YouTube