27.3 C
Gombak
Thursday, July 29, 2021

Ini musim jual bangunan GLC di segitiga emas KL kepada Singapura ke? soal Najib

Must read

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjual bangunan milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di segi tiga emas Kuala Lumpur kepada Singapura.

Najib dalam kenyataan di Facebook berkata, apakah ketika ini musim bangunan milik GLC di Kuala Lumpur dijual kepada Singapura, memandangkan dua minggu lalu, PN turut meluluskan penjualan hotel empat bintang milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada syarikat Singapura.

“Diskaun 10% pula diberi sebab sektor hotel lemah akibat Covid-19. Harga jatuh daripada RM197 juta ke RM177 juta. Dulu Mohamad Sabu suruh saya jangan fitnah tentang penjualan hotel ini tetapi akhirnya hotel sama dijual penjual sama kepada pembeli Singapura sama dengan harga sama,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang di Kuala Lumpur milik Boustead sudah dijual kepada sebuah syarikat Singapura pada harga lebih rendah RM177.3 juta.

Dalam pemfailan dengan Bursa Singapura, Hotel Royal berkata, harga pembelian itu disemak semula dan dikurangkan 10% daripada harga asal RM197 juta.

Manakala New Straits Times pula melaporkan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka menjual bangunan 21 tingkat Menara MIDF di Jalan Raja Chulan kepada sebuah syarikat berasal dari Singapura, JD Hospitality Sdn Bhd pada harga RM140 juta.

Harga jualan bagi menara itu dianggarkan RM875 untuk satu kaki persegi, apabila bangunan berkenaan mula diiklankan untuk dijual lebih 18 bulan lalu, menurut The Edge Weekly.

Najib turut mempersoalkan langkah penjualan bangunan MIDF itu kepada sebuah syarikat berasal dari Singapura.

“Kita bayar ganti rugi RM300 juta hingga RM700 juta kepada Singapura sebab kita batalkan perjanjian projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Selepas itu, Singapura beli bangunan milik kita yang terletak di lokasi termahal negara. Ini segitiga emas Kuala Lumpur, Malaysia atau segitiga emas Singapura?” soalnya.

 

Ini musim jual bangunan milik GLC di segitiga emas Kuala Lumpur kepada Singapura ke?

Dua minggu lalu, penjualan hotel 4…

Posted by Najib Razak on Sunday, 17 January 2021

 

Rujukan:
Stop spreading ‘fake news’ on hotel sale, Defence Ministry tells Najib
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/465714/stop-spreading-fake-news-hotel-sale-defence-ministry-tells-najib

Related Articles

Video
YouTube