29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Indonesia temui kluster baharu Covid-19 selepas jangkitan babit kapal kargo

Must read

JAKARTA: Indonesia melaporkan kluster baharu membabitkan 42 jangkitan baharu dalam kalangan pekerja perubatan yang merawat 13 anak kapal Filipina yang sedang dirawat akibat jangkitan virus berkenaan dan mengesan puluhan kes lain, kata jurucakap kerajaan hari ini.

Kira-kira 140 pekerja perubatan lain menjadi kontak rapat dengan kru kapal kargo dari Panama, Hilma Bulker, yang disahkan positif selepas berlabuh di Jawa Tengah 25 April lalu, kata gabenor wilayah itu, Ganjar Pranowo, kepada Reuters.

Kapal itu dilaporkan datang dari India.

Penjujukan genom menunjukkan kru mempunyai varian B.1617.2 yang sangat mudah tersebar yang pertama kali dikesan di India, kata Ganjar, sambil menambah seorang daripada kru terbabit kemudian meninggal dunia di hospital.

“Buat masa sekarang, kami sedang mengenal pasti jururawat yang terbabit. Beratus orang dikesan mempunyai kontak langsung, kontak rapat dan 42 daripadanya didapati positif,” kata Ganjar ketika dihubungi.

Dengan lebih 1.7 juta kes disahkan positif dengan 49,000 kematian, Indonesia menjadi antara negara paling teruk terjejas di Asia Tenggara.

Krisis Covid-19 di negara itu bagaimanapun tidak seburuk seperti berlaku di India, tetapi beberapa pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan berikutan perhimpunan besar-besaran berlangsung ketika sambutan Aidilfitri bulan ini dan varian virus baharu yang mungkin akan mencetuskan lagi lonjakan kes baharu di negara mempunyai bilangan penduduk keempat teramai di dunia itu.

Bulan lalu, Indonesia menghentikan pengeluaran visa bagi rakyat asing yang pernah berada di India.

Ganjar berkata, semua kru kapal Hilma Bulker yang lain menjalani kuarantin kendiri di kapal, dan 49 pegawai Indonesia yang mengawasi pemunggahan barang di kapal itu semuanya didapati negatif.

Menurut pengesan kapal Refinitiv Eikon, kapal itu telah menghantar gula bertapis dari India, kata Ganjar. Ia meninggalkan Indonesia bulan ini menuju Manila, Filipina.

Related Articles

Video
YouTube