33 C
Gombak
Tuesday, March 2, 2021

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul mengaku tandatangan SD sokong Umno

Must read

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim akui menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Ujarnya, SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Tegasnya, tiada keperluan untuk Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mencari segala bukti berkait sokongan beliau terhadap Saarani.

“Pengakuan saya ini adalah untuk meredakan ketegangan antara dua parti, PPBM dan juga UMNO. Setiausaha Agung PPBM dalam kenyataannya semalam beliau akan menunggu bukti daripada UMNO, yang akan menunjukkan bahawa saya menyokong Datuk Saarani.

“Pada saya, tak perlu sampai menunggu UMNO memberi bukti, saya hari ini mengaku secara rasmi, saya memang tanda tangan SD (sokong) Datuk Saarani.

“Saya percaya akhirnya semua YB daripada PN pun akan memberi sokongan yang sama kepada Datuk Saarani tu. Saya tandangan itu kerana saya rasa semua YB termasuk UMNO pada akhirnya akan tanda tangan, walaupun berlaku sedikit kelewatan,” katanya.

Pengakuan dibuat beliau itu sebagai reaksi kepada laporan Bernama semalam yang memetik Hamzah sebagai berkata keahlian Hasnul Zulkarnain akan gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal dalam persidangan DUN 4 Disember lalu.

Hasnul Zulkarnain bagaimanapun enggan mendedahkan undian beliau sewaktu proses pengundian usul itu berlangsung.

Related Articles

Video
YouTube