28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

GoCare MCA Adakan Usahasama dengan 5,000 sukarelawan dan 100 syarikat perniagaan untuk bantu 2,000 keluarga

Must read

Memandangkan pandemik COVID-19 masih belum reda, maka GoCare akan meneruskan perkhidmatannya dalam membantu masyarakat. Setakat ini, GoCare telah melancarkan kempen masyarakat penyayang #BeMYHero dan telah bekerjasama dengan 5,000 sukarelawan serta 100 syarikat atau perusahaan perniagaan untuk membantu 2,000 keluarga yang terkesan akibat wabak ini.

GoCare telah mempromosikan beberapa program bantuan dan telah menghantar sejumlah besar bekalan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik sejak pandemik ini mula menular di negara kita pada awal tahun 2020. Walaupun begitu, bekalan bantuan tersebut hanya bersifat sementara sahaja dan ianya tidak akan menyelesaikan masalah mereka secara total. Selepas bekalan tersebut habis diguna, mereka terpaksa bergantung kepada bantuan yang lain.

Setakat bulan Mei lalu, GoCare telah mengagihkan hampir 20,000 bakul makanan kepada keluarga berpendapatan rendah. Bekalan perubatan dan makanan juga telah dihantar kepada enam buah hospital di sekitar Lembah Klang yang menguruskan kes COVID-19. Matlamat GoCare adalah untuk mengumpulkan derma sebanyak RM100,000 dan setakat hari ini, GoCare telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM45,000 dari segi sumbangan kewangan dan juga bekalan.

Penasihat GoCare merangkap Pengerusi Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Kebangsaan, Dato’ Natalie Lim Chong Ly berkata bahawa kempen masyarakat penyayang #BeMYHero telah diwujudkan oleh GoCare untuk menanam semangat berdikari di kalangan rakyat. Melalui kerjasama daripada rakan-rakan kongsi dan sukarelawan dari pelbagai bidang, kempen ini menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk mereka yang memerlukan, seperti sumbangan bekalan, peluang pekerjaan, kursus dalam talian dan lain-lain lagi. GoCare akan memastikan pakej bantuan yang diberi adalah sesuai kepada keperluan seseorang individu dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong telah menekankan bahawa Malaysia tidak terlepas daripada kesan-kesan akibat pandemik ini. Lembah Klang, yang merupakan pusat aktiviti ekonomi negara, antara kawasan yang paling teruk terjejas di Malaysia. Kebanyakan keluarga menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, kempen yang dimulakan oleh CRSM ini amat tepat pada masanya untuk menggerakkan sumber-sumber masyarakat, dan menekankan semangat solidariti dan tolong-menolong terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Namun begitu, pembangunan masyarakat yang berterusan bukan sahaja memberi kuasa kepada rakyat, malah ia juga berkait rapat dengan komuniti perniagaan. Umum menyedari bahawa kebanyakan sektor perniagaan turut mengalami masalah kewangan. Jelas sekali, impak COVID-19 ke atas negara kita tidak boleh dipandang remeh. Kita perlu berubah mengikut norma baharu demi menangani krisis ini. Oleh itu, kempen masyarakat penyayang oleh GoCare bukan sahaja melibatkan masyarakat, tetapi juga memberi bantuan kepada para peniaga seperti bantuan pinjaman mudah, perundingan korporat dan transformasi serta lain-lain lagi inisiatif bagi membantu memastikan perniagaan mereka kekal bertahan dan meneruskan operasi, dan secara langsung dapat membantu memastikan pekerja-pekerja mengekalkan pekerjaan mereka.

Pada masa ini, kempen masyarakat penyayang #BeMYHero telah menerima sokongan daripada pelbagai bidang yang akan memberi bantuan mengikut kepakaran masing-masing. GoCare akan menggunakan seluruh sumbernya untuk membantu rakyat dan sektor perniagaan untuk menangani pandemik ini di samping meneruskan usahanya untuk menggalakkan pembangunan sosial. Oleh yang demikian, GoCare menjemput semua lapisan masyarakat untuk menyertai kempen kami untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Partners: AST、Creagift、Grab、Kinsmedic、KOJADI、LA Branding、Nibou Industries (M) Sdn Bhd、NSK、Persatuan Fotografi Selangor Dan Kuala Lumpur、Quenary Academy、Ramatex Group、realme、Rentas Health、SAVELIVES、SCK Kitchen、TC of TC Sdn Bhd、VTAR INSTITUTE

Untuk maklumat lanjut sila layari:https://gocare.org.my/product/bmh-community-caring/ – MCA Online

Related Articles

Video
YouTube