25.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Fahmi Reza Lukis Muka Dr. Noor Hisham Dalam Mangkuk Jamban

Must read

Seorang pereka grafik tempatan dikecam netizen selepas memuat naik satu lukisan yang memaparkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di dalam mangkuk tandas.

Pereka grafik bebas yang terkenal dengan nama Fahmi Reza sebelum ini sering kali mendapat perhatian netizen selepas memuat naik lukisan yang mengutuk ahli politik di Malaysia. Dia juga terkenal dengan lakaran badut bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Namun, lukisan terbaharunya melibatkan DG Hisham yang berada di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen ‘please use the toilet’ dilihat melampau dan biadap.

Lukisan yang dimuat naik awal pagi tadi telah mendapat reaksi bercampur dari netizen dengan kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa marah dan mengingatkan Fahmi Reza supaya menghormati petugas barisan hadapan yang sedang bertarung nyawa.

“Ini keterlaluan. Fahmi, politikus mungkin boleh disatira, tetapi tidak Dr. Norhisham. Dia dan semua barisan hadapan telah berpenat lelah untuk mengawal pandemik ini. Sewajarnya kau menghormati beliau,” tulis Shah Redza Rosli di bahagian komen.

Manakala Radin Muhammad Hilman pula mengingatkan Fahmi Reza bahawa hak kebebasan bersuara memang ada pada semua rakyat Malaysia, tetapi ia harus digunakan secara bertanggungjawab dan bukannya memburukkan orang.

“Apahal jahat sangat eh? TS Noorhisham ni penjawat awam tau. Beliau dapat jawatan itu bukan dari undi. Bukan pilihan rakyat. Tapi atas kelayakkan dan pencapaian beliau selama berkhidmat,” tulis Nur Anis Farhana di bahagian komen.

Sejak lukisan ini dimuat naik di laman Facebook Fahmi Reza, ia telah mendapat lebih 2,000 tanda suka dengan separuh daripadanya memberi reaksi marah dengan lukisan terbabit.

Difahamkan, lukisan ‘Please use the toilet’ adalah reaksi kepada ciapan DG Hisham di laman Twitter apabila seorang rakyat Malaysia bertanya kepada beliau mengenai ahli politik yang tidak mengikut SOP dengan mengambil peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’.

Related Articles

Video
YouTube