26.4 C
Gombak
Friday, July 30, 2021

Enam gergasi EPL buat pusingan U?

Must read

Enam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah mendaftar untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL) dilaporkan sudah mempertimbangkan untuk menarik diri daripada saingan itu berikutan menerima kecaman hebat.

Enam kelab yang dimaksudkan itu ialah Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur

Berita mengenai ESL mula tersebar semalam dengan setiap daripada 12 kelab mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan untuk menyertai saingan baru itu.

Tindakan kelab itu kemudian menerima kecaman daripada penyokong, pengkritik dan pemain di media sosial.

Fifa, UEFA, Persatuan Bolasepak (FA) dan Liga Perdana kesemuanya mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan itu.

Ia termasuklah mengancam untuk mengenakan hukuman denda, penggantungan, penyingkiran, malah melarang pemain dan kelab daripada menyertai saingan antarabangsa yang lain.

UEFA pula sentiasa membuka pintu kepada mana-mana kelab untuk melakukan pusingan U.

Bagaimanapun ESL yakin setiap kelab akan terus komited untuk menyertai kejohanan baru itu.

Menurut The Times, sebuah kelab kemungkinan kurang komited berbanding yang lain dan akan melakukan pusingan U.

Related Articles

Video
YouTube