29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Dituduh cuba cabul mangsa di bengkel kuih raya

Must read

Jempol: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah bengkel membuat kuih raya.

Tertuduh, Mohamad Rafi Harun,59, dari Kuala Klawang, Jelebu di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab di Mahkamah Majistret Bahau di sini, tadi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 4 petang, 4 Mei lalu didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 25 tahun dengan memeluknya dari arah belakang.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah bengkel membuat kuih raya di Taman Dato Undang Abu Bakar di sini.

Tertuduh didakwa menyentuh pinggang dan payudara mangsa dengan niat mahu mencabul kehormatannya.

Susulan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan .

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi menawarkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh selain syarat tambahan tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Namun, tertuduh yang diwakili peguam M.K Morthi memohon jumlah wang jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh penduduk tempatan dan tidak akan melarikan diri.

Selepas mendengar pemohonan kedua -dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 3 Jun nanti sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Related Articles

Video
YouTube