25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Didakwa langgar SOP ketika bagi sumbangan, Dr M disiasat polis

Must read

Polis sedang menyiasat Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri satu acara di Langkawi, Sabtu lalu.

Siasatan dijalankan susulan video yang memaparkan Mahathir tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan merekodkan suhu badan dimuat naik oleh akaun Facebook “Najib Razak”, kata Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari.

“Semakan mendapati ia berlaku pada pagi, 8 Mei lalu di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang, Langkawi,” kata Shariman menurut laporan Utusan Malaysia.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Sesyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah) Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

Awal hari ini, Mahathir dilaporkan mengakui kesalahannya melanggar SOP ketika menghadiri acara tersebut di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

“Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 Mei lalu, beliau dilaporkan pulang ke Langkawi bagi memenuhi undangan acara menyampaikan sumbangan, termasuk bagi sambutan Aidilfitri, kepada penduduk di sebuah surau.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku,” katanya.

Related Articles

Video
YouTube