25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Demokrasi terus dinoda kerajaan, Anwar ramal lebih banyak protes selepas himpunan di Batu Pahat

Must read

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, meramalkan negara akan menyaksikan lebih banyak tunjuk perasaan terhadap Putrajaya, susulan protes “kerajaan gagal” di Batu Pahat, Johor minggu lalu.

Presiden PKR itu kesal dengan penahanan sekumpulan pemuda dipercayai menyertai protes Khamis lalu itu yang mencerminkan kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan kritikan dan bantahan rakyat.

“Keengganan kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen amat dikesali, sementara proses demokrasi terus diinjak dan dinodai.

“Saya yakin sentimen bantahan seperti ini akan terus merebak,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lalu, rakaman video tunjuk perasaan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor tular di media sosial dengan sekumpulan anak muda dilihat membakar suar dan menaikkan kain rentang “kerajaan gagal”.

Susulan itu, polis menahan 20 penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun dan 13 daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis Ahad lalu.

Baki tujuh lagi pemuda itu disambung reman tiga hari, manakala tujuh lagi suspek baharu berusia 19 hingga 23 tahun ditahan semalam dan direman untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Anwar turut kesal dengan tindakan yang diambil terhadap sekumpulan anak muda yang berhimpun di depan Parlimen bulan lalu.

“Saya hargai usaha bingkas peguam dan Ahli Parlimen dalam menawar dukungan guaman kepada mereka,” katanya merujuk perhimpunan #BukaPuasaParlimen pada 30 April lalu yang menyaksikan peserta menyertai demonstrasi duduk sebelum berbuka puasa bersama.

Ia dianjurkan sekumpulan anak muda yang menuntut Putrajaya menamatkan darurat untuk membolehkan Parlimen bersidang dan melaksanakan dasar Undi18.

Related Articles

Video
YouTube