25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

Demi Palestin, Mimi Lana sanggup tolak pelawaan sesi fotografi Dior

Must read

Pelakon popular Mimi Lana telah menolak tawaran untuk mengadakan sesi fotografi bersama jenama terkenal antarabangsa Dior.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menerusi mesej bersama pihak Dior.

“Saya minta maaf untuk memberitahu anda perkara ini. Saya tak dapat buat your Dior photoshoot esok.

“Saya dapat tahu Dior telah menamatkan kontrak Bella Hadid kerana menyokong Palestin. Ia adalah perkara yang sangat sensitif untuk umat Islam di negara ini jika saya memuat naik berkenaan dengan Dior,” katanya.

Pada masa sama, Mimi menyatakan dia tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Bella Hadid.

Sebelum ini, Bella Hadid dan keluarganya merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Susulan daripada itu, pihak jenama barangan mewah dari Perancis telah membatalkan kontrak Bella sebagai wajah eksklusif jenama itu.

Netizen dan juga peminat turut mempersoalkan tindakan Dior yang dilihat tidak adil kerana terdapat selebriti lain seperti Gal Gadot yang menyokong Israel tetapi tidak diambil sebarang tindakan. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)


Related Articles

Video
YouTube