23.4 C
Gombak
Friday, February 26, 2021

Covid-19: Pelacur di Sarawak juga terkena tempias, hilang pendapatan

Must read

Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana tiada pelanggan atas kebimbangan Covid-19 dan menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain.

KUCHING: Dengan pekerja di pelbagai sektor perniagaan terjejas oleh pandemik Covid-19, pekerja seks juga tidak terlepas kesannya.

Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana hampir tiada penduduk di bandar berkenaan mengunjunginya atas kebimbangan jangkitan dan ini menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain.

Presidennya Yuwana Podin berkata, sebahagian pekerja seks menceburi bidang perniagaan, manakala yang lain pulang ke kampung masing-masing.

Beliau berkata 18 pekerja seks wanita di satu kawasan di bandar raya berkenaan tidak memperoleh pendapatan daripada pekerjaan biasa mereka sejak wabak Covid-19 melanda.

“Empat daripada mereka mendapat pekerjaan, manakala yang lain pulang ke kampung mereka.” katanya

“Sebagai sebuah organisasi yang tidak mengambil pendirian menghukum, kami mengelak daripada berkata sama ada ia baik atau buruk susulan kurang orang mendapatkan perkhidmatan seks.

“Bagaimanapun, pandemik itu menyebabkan sebilangan pekerja seks meneroka cara baru untuk menjana pendapatan, manakala sebahagian yang lain terus menggangur,” katanya.

Beliau berkata situasi sama juga dapat dilihat di rumah pelacuran di kawasan lain di negeri itu walaupun beliau tidak mempunyai angka atau data sebenar.

Persatuan itu berdepan penurunan klien sehingga 50% sejak Mac.

Yuwana berkata, mereka mempunyai dua pasukan yang mengendalikan komuniti terbabit, dengan setiap pasukan bertanggungjawab berhubung dengan klien dalam kalangan yang terjejas, manakala pasukan lain menyediakan penjagaan dan sokongan kepada klien atau individu yang menghidap HIV.

Pusat pemulihan “Teratak Kasih Tok Nan” terbuka kepada klien yang memerlukan tempat penginapan sementara apabila menerima lawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak.

Beliau berkata, organisasi itu memerlukan dana untuk membekalkan peralatan perlindungan kepada pekerja komuniti dan bantuan makanan untuk klien.

Related Articles

Video
YouTube