25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

COVID-19: Muhyiddin Yassin, ‘jangan lepas tangan’ – Razlan

Must read

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan suka atau tidak, realitinya yang buat kerja siang malam untuk selesai masalah COVID-19 majoritinya Menteri-menteri UMNO.

Beliau seterusnya menyenaraikan beberapa menteri berkenaan antaranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Adham Baba , Khairy Jamaluddin dan sebagainya.

“Mereka ‘consider frontliner’ kerajaan darurat PN. ‘Engage with gov agencies & rakyat. Kebelakangan ni mereka dikecam tanpa ada belas kasihan oleh majoriti rakyat.

“Lebih menyedihkan ahli-ahli UMNO pun tumpang semangkuk. Kita bukan tak boleh balun tapi perlu tahu siapa yg perlu dipersalahkan sepenuhnya diatas kegagalan urusan berkaitan Covid 19 ini,” ujarnya.

“Pada awal kerajaan PN, PM Abah dikatakan tidak sihat dan banyak beban kerja diserahkan kepada Menteri Kanan, namun setelah disahkan sembuh sepenuhnya sepatutnya beliau sendiri mengalas tanggungjawab sebagai Ketua kerajaan, berani utk bersekemuka dengan media, buka parlimen dalam mendepani krisis COVID-19, bukan sekadar hanya tahu “tai chi” kepada orang lain,” ujarnya – UMNO Online.

Berikut ulasan penuh.

*Muhyddin Yassin, jangan lepas tangan*

Suka atau tidak, realitinya yang buat kerja siang malam untuk selesai masalah Covid 19 majoritinya Menteri-menteri UMNO. Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Adham Baba, Khairy Jamaluddin dan sebagainha. Mereka consider frontliner kerajaan darurat PN. Engage with gov agencies & rakyat.

Kebelakangan ni mereka dikecam tanpa ada belas kasihan oleh majoriti rakyat & lebih menyedihkan ahli-ahli UMNO pun tumpang semangkuk. Kita bukan tak boleh balun tapi perlu tahu siapa yg perlu dipersalahkan sepenuhnya diatas kegagalan urusan berkaitan Covid 19 ini.

*Darurat langsung tidak membantu menyelesaikan isu Covid*

Pada awal kerajaan PN, PM Abah dikatakan tidak sihat & banyak beban kerja diserahkan kepada Menteri Kanan, namun setelah disahkan sembuh sepenuhnya. Sepatutnya beliau sendiri mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan, berani utk bersekemuka dgn media, buka parlimen dalam mendepani krisis Covid, bukan sekadar hanya tahu “tai chi” kepada orang lain!

*Be a gentleman, act as a true leader, lead the team !!*

Walaupun hari-hari bermesyuarat dengan penuh lengkap data & sains tapi masih gagal membuat keputusan yg terbaik demi rakyat dari segi sektor ekonomi & kesihatan awam. Ini tanda kelemahan yg amat ketara yg ada pada YAB PM. Tiada kredibiliti langsung utk memimpin negara.

Apa-apapun kita kena sentiasa bagi sokongan moral kepada Menteri-menteri UMNO, sebab ini tugas & tanggungjawab yg diberi oleh UMNO yg digalas & dipikul oleh mereka demi rakyat & negara.

Razlan Rafii
23 Mei 2021.

Related Articles

Video
YouTube