31.4 C
Gombak
Wednesday, May 12, 2021

Chegubard ‘puji’ Najib: Pandangan masih diterima kawan dan lawan

Must read

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ‘memuji’ sikap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus berjuang demi kelangsungan karier politiknya.

Jelasnya, Najib tidak mengalah walau berdepan pelbagai tohmahan dan ‘serangan’ politik daripada pihak lawan.

Dakwa Badrul perkara ini terbukti apabila Najib bukan sahaja menerima sokongan daripada penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malah, Pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memohon nasihat daripadanya.

“Tahniah Najib. Ramai menghina beliau sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) namun beliau tidak mudah menyerah. Beliau terus menyusun.

“Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menyucikannya. Penyokong Anwar bukan sekadar anggap beliau bukan musuh malah bersedia bertempur dengan sesiapa mencela Najib.

“Syed Saddiq dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang begitu hebat menghina Najib hari ini juga terpaksa mengadap Najib meminta nasihat,” katanya di media sosial, Twitter.

Semalam, Syed Saddiq dilihat mengunjungi Najib di kediamannya bagi mendapatkan pandangan mengenai Belanjawan 2021.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar turut menemui beberapa wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah atau pembangkang bagi membincangkan hal sama.

Undian Belanjawan 2021 dijangka akan dilakukan hari ini selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selesai membuat penggulungan.

Related Articles

Video
YouTube