32.6 C
Gombak
Friday, February 26, 2021

Budak 12 tahun didakwa liwat anak saudara usia 4 tahun

Must read

PASIR MAS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana disyaki meliwat anak saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Kampung Gajah Mati, di sini Selasa lalu.

Kejadian disedari pengasuh mangsa selepas mendapati kanak-kanak yang berusia empat tahun itu mengadu sakit pada bahagian punggung sehingga menyebabkan dia tidak boleh duduk.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pengasuh segera memberitahu ibu mangsa yang berusia 30 tahun ketika dia datang menjemput anaknya kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurutnya, mangsa turut mengadu mengenai kejadian itu kepada pengasuhnya.

“Mangsa kemudian dibawa oleh ibunya yang bekerja sebagai peniaga ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek merupakan bapa saudara mangsa yang tinggal bersama keluarga mangsa sejak setahun lalu selepas kematian ibunya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafien berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas berhubung kejadian itu kelmarin.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan, polis telah memanggil suspek untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Related Articles

Video
YouTube