29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Bekas leftenan jeneral Thailand terkait sindiket pemerdagangan manusi mati ketika jalani hukuman

Must read

BANGKOK: Seorang bekas jeneral tentera yang disabitkan bersalah dalam satu daripada kes terbesar membabitkan sindiket pemerdagangan manusia pada 2015, meninggal dunia akibat serangan jantung di Medical Correctional Hospital, Bangkok.

Bangkok Post melaporkan Manas Kongpan mengalami serangan jantung ketika sedang bersenam di hospital itu dan disahkan meninggal dunia pada 8 malam (waktu tempatan), Rabu.

Pada Mei 2015, Polis Malaysia mendedahkan menjumpai lebih 130 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.

Pada 2017, sebuah mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun kepada Manas, 65, atas beberapa tuduhan termasuk pemerdagangan manusia dan jenayah terancang.

Selain Manas, 62 lagi tertuduh termasuk bekas Datuk Bandar Padang Besar di wilayah selatan Songkhla, Banjong Pongphon dan seorang ahli perniagaan dan bekas pegawai pentadbiran wilayah Satun, Pajjuban Angchotephan turut disabitkan bersalah.

Pada 2019, mahkamah rayuan Thailand menambah tempoh hukuman penjara Manas dari 27 tahun kepada 82 tahun.

Related Articles

Video
YouTube