25.7 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Bantuan Menyeluruh PKP 2.0: Terima Kasih PM memandang serius pandangan UMNO – Datuk Jalaluddin Alias

Must read

‘PERMAI’ UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

1. Ucapan setinggi terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memandang serius pandangan Umno yang mendesak suatu bentuk bantuan menyeluruh diberikan kepada rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) ini.

2. Seperti yang saya sendiri dan rakan-rakan dalam Umno pernah desak sebelum ini, keputusan PKP 2.0 dan proklamasi darurat patut disertakan dengan tindakan kerajaan memberi bantuan kepada rakyat.

3. Justeru melalui Pakej Bantuan PERMAI ini, saya menyahut baik segala bentuk bantuan oleh kerajaan yang saya sifatkan sebagai suatu usaha untuk mengharmonikan semula kehidupan rakyat sejagat.

4. Tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan diyakini mampu mengurangkan keluh kesah rakyat selama ini.

5. Saya berharap agar semua 22 inisiatif yang disenaraikan di bawah PERMAI ini dapat disegerakan dan tidak menyulitkan rakyat dengan karenah birokrasi yang pelbagai.

6. Saya dan UMNO secara konsisten akan terus mencadang dan memperjuangkan inisiatif untuk rakyat, serta menjadi penimbang tara yang baik dalam perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat secara keseluruhannya.
Sekian.

YB DATUK HAJI JALALUDDIN ALIAS
AHLI PARLIMEN JELEBU
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

https://web.facebook.com/ahliparlimenjelebu/posts/5591922807500271

Related Articles

Video
YouTube