29.1 C
Gombak
Wednesday, June 23, 2021

Bantuan anggota Polis Dihargai, Besar Erti Kemanusiaan – Ahmad Zahid

Must read

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada anggota unit rondaan bermotorsikal (URB Seapark 18) polis Petaling Jaya, Selangor yang membantu seorang penunggang motosikal warga emas yang sedang kehabisan petrol di bahu jalan.

Menurut dia membantu anggota polis mungkin melihat kecil, tapi sangat besar dalam perspektif kemanusiaan.

“Kebaikan adalah kemampuan untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan ada keberanian untuk penggunaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dia yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan bantuan anggota polis yang membuktikan bukti kuasa dan pangkat adalah amanah dan juga tanpa mengira waktu dan keadaan.

“Bukannya kemegahan, kesombongan, keangkuhan dan kebanggaan yang selalu dipamerkan, tetapi mereka selalu membantu disaat kita memerlukan.

“Walau apa jua gaya dan seragam dipakai, kita sama-sama insan di sisi Tuhan perlu saling membantu atas kebaikan. Terima kasih kepada anggota polis Unit Rondaan Bermotorsikal (URB Seapark 18).

“Kepada URB PDRM seluruh Malaysia di jua berada, saya doakan semoga selalu dalam perlindungan dan limpahan rahmat dari Allah SWT,” katanya – UMNO Online

Related Articles

Video
YouTube