23.7 C
Gombak
Sunday, August 1, 2021

Bandaraya Ini Berjaya Capai Angka Sifar Covid-19

Must read

MELBOURNE – Bandar ini mula dilanda ombak kedua pandemik Covid-19 pada musim sejuk Julai lalu. Dengan malamnya yang panjang, ibu negara Australia itu terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan apabila virus semakin merebak ke serata pelosok metropolis.

Bagaimana pun, setelah 110 hari berlalu, Melbourne kini muncul menunjukkan keunggulan dalam usaha menangani pandemik tersebut bersama Singapura, Vietnam, Korea Selatan, New Zealand dan Hong Kong.

Profesor Biokeselamatan di Kirkby Institute University of New South Wales, Raina McIntyre memberitahu BBC bahawa respons Australia itu adalah jauh lebih maju berbanding langkah-langkah lemah yang diambil oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Beliau berasa hairan melihat negara-negara maju begitu terbelakang apabila berdepan dengan pandemik tersebut.

“Hari ini (Selasa) kira-kira lima juta penduduk Melbourne akan ‘menamatkan lockdown’ yang menyaksikan seluruh bandar raya itu diletakkan di bawah perintah perlindungan keselamatan amat ketat.”

‘Lockdown’ yang dilaksanakan di Melbourne merupakan perintah berkurung paling lama dan paling keras pernah dilaksanakan di mana-mana negara di dunia. Memang perit keadaannya, namun pakar kesihatan berkata ia telah berjaya mengekang pandemik Covid-19.

Related Articles

Video
YouTube