26.6 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

Babi pun masuk Putrajaya

Must read

PUTRAJAYA, 6 Dis — Kompleks beli-belah Alamanda di sini kecoh apabila seekor babi hutan tiba-tiba masuk ke dalam bangunan itu, pada tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.

Katanya lapan anggota bersama dua jentera tiba pada pukul 12.47 tengah hari dan bertindak menghalau haiwan itu keluar daripada bangunan kompleks beli-belah berkenaan.

“Haiwan berkenaan telah menuju ke arah padang ragbi Presint 16 dan kes itu diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Related Articles

Video
YouTube