24.2 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

Australia kuatkuasa semula sekatan bendung Covid di Melbourne

Must read

Orang ramai kelihatan di kawasan pusat perniagaan di Melbourne ketika perintah sekatan tahun lalu. (Gambar AP)SYDNEY: Bandar raya kedua terbesar di Australia, Melbourne menguatkuasakan semula perintah sekatan Covid-19 hari ini ketika pihak berkuasa gigih mengesan punca penularan baharu yang meningkat menjadi lima kes.

Perhimpunan di rumah akan dihadkan kepada lima orang tetamu, hanya 30 orang dibenarkan dalam perjumpaan awam, dan pelitup muka wajib di dalam premis tertutup dari jam 6 petang waktu tempatan pada hari Selasa hingga 4 Jun.

“Ini adalah langkah bertanggungjawab yang perlu kita ambil untuk mengatasi wabak ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Victoria, James Merlino.

Wabak terbaharu di Melbourne mengakhiri kes sifar di Victoria selama hampir tiga bulan.

Victoria adalah negeri yang paling teruk dilanda gelombang kedua akhir tahun lalu, menyumbang sekitar 70% daripada jumlah kes dan 90% kematian di Australia.

Negeri kedua paling padat di negara itu, hanya berjaya mengawal wabak tersebut setelah menguatkuasakan perintah sekatan paling panjang dan ketat di dunia.

Satu kes baharu jangkitan tempatan dikesan di Melbourne, kata Merlino hari ini, sehari selepas empat jangkitan dilaporkan di bandar itu.

Semua lima kes tersebut adalah dari sebuah keluarga besar dan varian yang dikesan itu terdapat pada seorang pelancong luar negara yang kembali ke Melbourne awal bulan ini setelah menyelesaikan kuarantin di Adelaide.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata mereka tidak dapat mengaitkan bagaimana kes-kes terbaharu itu menjangkiti virus tersebut dari seorang pelancong luar negara.

Sistem penjejakan pantas, sekatan pergerakan dan penjarakan sosial banyak membantu Australia mengatasi wabak Covid-19. Setakat ini ia hanya mencatatkan lebih 30,000 kes dan 910 kematian sejak wabak itu bermula.

Related Articles

Video
YouTube