25.3 C
Gombak
Monday, June 21, 2021

AS lulus ubat antibodi Covid GSK-Vir untuk kegunaan kecemasan

Must read

FDA berkata ubat antibodi Sotrovimab, tidak dibenarkan untuk merawat pesakit di hospital akibat Covid-19 atau memerlukan terapi oksigen. (Gambar Reuters)WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-uabatan AS (FDA) memberi kebenaran penggunaan kecemasan untuk rawatan antibodi yang dibangunkan Vir Biotechnology dan GlaxoSmithKline bagi merawat Covid-19 ringan hingga sederhana untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Meskipun begitu, ubat antibodi Sotrovimab, tidak dibenarkan untuk merawat pesakit di hospital akibat Covid-19 atau memerlukan terapi oksigen, kata agensi kesihatan berkenaan semalam.

Sotrovimab tergolong dalam kelas ubat yang disebut antibodi monoklonal, yang meniru antibodi semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh untuk melawan jangkitan.

GSK dan Vir berkata, rawatan antibodi itu akan tersedia untuk pesakit Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang, sambil menambah mereka merancang untuk mengemukakan permohonan pemasaran kepada FDA pada separuh kedua tahun 2021.

Terapi Covid-19 yang sama keluaran Regeneron Pharmaceuticals dan Eli Lilly turut dibenarkan untuk penggunaan kecemasan di AS.

Pengawal selia ubatan Kesatuan Eropah (EU) minggu lalu menyokong penggunaan Sotrovimab untuk pesakit Covid-19 yang berisiko mendapat penyakit teruk dan tidak memerlukan oksigen tambahan.

Related Articles

Video
YouTube