28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

AS kaji kaitan vaksin Pfizer, Moderna dengan keradangan jantung

Must read

Wanita Pertama Jill Biden (tengah) tersenyum melihat seorang pelajar menerima suntikan vaksin di Jackson, Mississippi pada hari Selasa. (Gambar AP)WASHINGTON: Penasihat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) dijangka bertemu pada Rabu untuk mengkaji kemungkinan wujud hubungan antara kes keradangan jantung (yang jarang berlaku) dengan vaksin mRNA Covid-19 Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Difahamkan, sejak beberapa bulan lalu, CDC telah menyiasat kes membabitkan keradangan jantung terutamanya dalam kalangan lelaki muda. Kementerian Kesihatan Israel awal bulan ini berkata pihaknya melihat kemungkinan wujudnya hubungan antara kes tersebut dengan vaksin Covid-19 Pfizer.

Dalam mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung pada jam 11 pagi itu, agensi tersebut akan menyampaikan perincian lebih daripada 300 kes miokarditis dan perikarditis yang dilaporkan kepada CDC dan Pentadbiran Makanan dan Dadah dalam kalangan lebih 20 juta remaja dan orang muda yang diberi vaksin di AS, kata Pengarah CDC, Rochelle Walensky semasa taklimat di Rumah Putih minggu lalu.

CDC awal bulan ini berkata pihaknya masih menilai risiko membabitkan keadaan tersebut dan tidak mengesahkan punca hubungan antara vaksin dan masalah jantung.

Agensi itu, bagaimanapun, jumlah lelaki muda yang mengalami keradangan jantung selepas dos kedua vaksin mRNA Covid-19 adalah lebih tinggi dari jangkaan. Difahamkan lebih daripada separuh kes yang dilaporkan membabitkan mereka yang berusia antara 12 dan 24 tahun.

Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi (ACIP) akan membincangkan faedah vaksin mRNA berbanding risiko masalah jantung kepada remaja dan orang muda, menurut agensi tersebut.

Walaupun pegawai kesihatan di Israel telah memutuskan kemungkinan ada kaitan antara vaksinasi dan keradangan jantung, kebimbangan tentang varian koronavirus Delta yang lebih mudah dijangkiti mendorong negara tersebut untuk mendesak remaja berusia 12 hingga 15 tahun untuk mendapatkan vaksin.

Vaksin Pfizer yang dibenarkan kegunaannya ke atas rakyat AS seawal usia 12 tahun, sebelum ini berkata ia tidak melihat kadar keradangan jantung yang lebih tinggi berbanding yang lazimnya berlaku dalam populasi umum.

Moderna berkata ia tidak dapat mengenal pasti penyebab hubungan kes keradangan jantung dengan vaksinnya.

Lebih 138 juta rakyat Amerika setakat ini telah divaksinasi sepenuhnya dengan salah satu daripada dua vaksin mRNA, menurut data CDC pada Isnin.

Related Articles

Video
YouTube