28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Armada Sahkan Berlaku Perpecahan Dalam PPBM

Must read

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Armada PPBM, ianya telah secara sahih mengesahkan desas desus khabar angin yang mengatakan berlaku perpecahan yang serius di kalangan pemimpin-pemimpin utama PPBM.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fahysal, memberikan amaran yang keras kepada pihak dari PPBM sendiri yang sedang bergerak secara aktif untuk mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menumbangkan Presiden PPBM yang juga merupakan Perdana Menteri, Mahiaddian Md Yassin.

Wan Ahmad Fahysal juga mengutuk usaha tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan kepada PPBM.

Melapurkan isu yang sama, portal My TV Online menjangkakan konflik dalaman PPBM dijangka akan meledak.

Sebenarnya bukan lagi rahsia, Mahiaddin bukanlah penguasa sebenar sama ada Kerajaan Perikatan Nasional atau pun PPBM.

Dari sumber dalaman memberitahu, pada peringkat awal penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional, Tok Dalang sebenar yang menjalankan pemerintahan adalah Geng Publica yang diketuai oleh Hamzah Zainuddin.

Hamzah tidak keseorangan di dalam Geng Publica tetapi beliau didokong oleh Annuar Musa dari UMNO dan Takiyuddin.

Matlamat utama Geng Publica adalah untuk merobek kekuatan Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS dan mengalih sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO supaya berkiblatkan PPBM.

Namun begitu, kesetiaan Gang Publica masih tetap kepada Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yassin.

Dalam masa yang sama, Geng Kartel yang diketuai Azmin yang masih belum mempunyai cukup kekuatan semakin gigih menyusun barisan.

11 orang Ahli Parlimen dari serpihan PKR, masih belum cikup kuat untuk menggugat kedudukan dan pengaruh Geng Publica dalam PPBM.

Apabila beberapa orang Ahli Parlimen PKR melompat ke dalam PPBM, Geng Kartel sudah mendapat kekuatan baru untuk memulakan langkah.

Dengan sokongan dari Ahli Parlimen UMNO, Hishamuddin, Geng Kartel mula menunjukkan wajah mereka sebenar.

Ini dapat dilihat apabila Azmin telah beberapa kali telah menunjukkan penguasaan beliau dalam pentadbiran Perikatan Nasional.

Sumber mendedahkan, setelah yakin dengan sokonngan beberapa Ahli PArlimen dari PPBM dan UMNO, Geng Kartel hanya menunggu masa yag sesuai untuk bertindak.

Apabila SPB YDP Agung menitahkan supaya semua ketua parti politik mengadap baginda, Gang Kartel menganggapnya ibarat pucuk dicita, ulam yang mendatang.

Tanpa teragak-agak, Geng Kartel telah mengumpulkan beberapa Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen sebagai jaminan kepada mereka untuk dipersembahkan kepada SPB YDP Agung.

Dan sumber memberitahu, Geng Kartel akan bergandingan dengan Hishamuddin yang dikatakan telah berjaya mempengaruhi beberapa Ahli Parlimen dari UMNO dan PPBM.

Namun Lim Guan Eng dilapurkan berkata, gandingan antara Hishamuddin dan Azmin tidak akan mendapat sokongan dari UMNO, Pakatan Harapan dan PPBM.

Makcik Kiah merasa sangat-sangat kesal dan kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin politik yang ada di Malaysia sekarang.

Apakah mereka lupa, rakyat marhaen kini berada dalam keadaan yang cukup tertekan!!!

Kes bunuh diri akibat dari bebanan hutang sejak PKP 1.0 dilaksanakan kini sudah hampir mencecah satu ribu orang.

Itu belum termasuk kes keluarga yang bercerai berai kerana ketua keluarga kehilangan sumber pendapatan.

Itu juga belum termasuk kes keluarga yang kehilangan punca pendapatan utama kerana ketua keluarga telah pergi buat selama-lamanya akibat dari Covid-19.

Kalau dahulu, tiada rakyat Malaysia yang terpaksa mengemis atau menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi buat keluarga, namun kini, ianya sudah menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia.

Pendapat Makcik Kiah, kalau rakyat Malaysia benar-benar mahu rakyat dan negara ini kembali berada di landasan yang sepatutnya, reset politik mesti diadakan ketika Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Pemain-pemain politik yang ada sekarang ini MESTI disingkirkan dari dunia politik tanah air.

Mereka sudah gagal dengan segagal-gagalnya.

Ingat, kalau kita mengulangi tindakan sama yang telah terbukti gagal, maka itu bermaksud kita akan mengulangi kegagalan yang sama!!!

Related Articles

Video
YouTube