28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

Apabila Berita PM Cirit Birit Di Jadikan Kenyataan Rasmi Negara!!!

Must read

Makcik Kiah teringat masa zaman sekolah dulu.

Bila takut pergi sekolah sebab kerja sekolah tak siap, Makcik Kiah akan bagi alasan perut meragam atau cirit birit pada bapak Makcik Kiah.

Kalau bagi alasan demam, gerenti kantoi, sebab badan tak panas, jadi alasan yang paling selamat ialah cirit birit, tapi sebelum tu terpaksalah berlakon ulang alik keluar masuk tandas untuk membuktikan ‘kecirit biritan’ Makcik Kiah.

Sebab kalau kantoi dengan bapak Makcik Kiah, jawabnya berbiratlah belakang badan kena bedal dengan tali pinggang…🥵🥵🥵

Macam tu juga bila dah kerja, alasan yang paling mantap untuk minta cuti sakit dari doktor ialah cirit birit, sebab kalau kata demam, doktor akan periksa suhu badan, jawabnya jangan mimpilah doktor bagi MC.

Pendek kata, cirit birit adalah alasan yang selalu Makcik Kiah dan Makcik Kiah percaya ramai gunakan untuk dapatkan cuti atau untuk mengelakkan sesuatu.

Ianya adalah perkara biasa, sebab selain bos Makcik Kiah, tak ada orang yang akan ambil peduli, jauh sekali dari mendatangkan kesan yang buruk pada negara.

Tapi bila dikeluarkan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Perdana Menteri Malaysia dimasukkan ke dalam hospital kerana cirit birit, ianya menjadi satu perkara yang sangat berbeza.

Jangan kita lupa, bila bercakap mengenai keadaan Perdana Menteri Malaysia, kita tidak hanya bercakap mengenai batang tubuh yang menjawat jawatan tersebut, tetapi hakikatnya kita bercakap mengenai institusi Perdana Menteri.

Apa juga keadaan terkini institusi Perdana Menteri, sama ada baik atau buruk, pastinya akan memberikan kesan yang positif atau pun negatif kepada negara dari pelbagai sudut.

Bursa Malaysia melapurkan, pada 30 Jun 2021, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam masa lapan bulan.

Memang kita akui ada banyak faktor yang mempengaruhi prestasi Bursa Malaysia, tapi kita tidak boleh nafikan, berita dari Pejabat Perdana Menteri memberikan impak yang besar terhadap keyakinan pelabur di Bursa Malaysia.

Di mana-mana negara di dunia, berita yang remeh temeh begini biasanya tidak akan diwar-warkan, kecuali sekiranya berlaku sesuatu yang sangat serius berlaku ke atas Perdana Menteri atau Presiden yang memerintah, barulah kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

Tapi berbeza dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia sekarang.

Makcik Kiah tertanya-tanya, apakah keperluan Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi hanya kerana Perdana Menteri kena cirit birit?

Bukankah ini akan menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak di peringkat antarabangsa?

Ini belum diambil kira tentang tahap keyakinan pelabur asing yang sememangnya sudah sememangnya terjejas akan menjadi lebih parah.

Timbul persepsi dari rakyat bahawa kononnya perkara ini sengaja dicipta untuk mengelakkan dari Parlimen bersidang, benar atau tidak perkara ini, Makcik Kiah tak tahu.

Tapi bagi Makcik Kiah, rasional persepsi rakyat ini ada kebenarannya.

Pada 29 Jun 2021, SPB YDP Agung telah menitahkan supaya Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, 2 orang Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker Dewan Negara supaya mengadap baginda din Istana Negara.

Tujuan titah mengadap dikeluarkan, adalah untuk baginda SPB YDP Agung diberi sembah maklum mengenai persiapan persidangan Parlimen dan Dewan Negara setelah pihak kerajaan dilihat masih lagi berdolak dalih menunaikan titah sama yang dikeluarkan oleh SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu pada 16 Jun 2021.

Makcik Kiah difahamkan, SPB YDP Agung bertegas mahu Parlimen bersidang sebelum tamat tempuh darurat pada 1 Ogos 2021.

Perkara ini disahkan oleh Speaker Parlimen dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Ini memberikan jalan mati kepada kerajaan dalam usaha mereka untuk menangguhkan persidangan Parlimen sekurang-kurangnya hingga selepas darurat tamat pada 1 Ogos 2021.

Jalan keluar termudah ialah Perdana Menteri diisytiharkan sakit dan dimasukkan ke dalam hospital.

Tapi jangan lupa, tanpa Perdana Menteri sekali pun, Parlimen boleh bersidang seperti biasa dan eksekutif akan disoal dan minta memperincikan setiap perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang tempuh darurat.

Ini adalah kehendak SPB YDP Agung dan jelas tercatat dalam perenggan kelima kenyataan media Istana Negara menegenai pertemuan SPB YDP Agung dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ada juga pendapat yang mengatakan tujuan perkara ini dibuat adalah untuk mendapatkan simpati rakyat.

Namun apa yang Makcik Kiah nampak, rakyat bukannya simpati, malah makin menyampah dengan kerenah Perdana Menteri yang dilihat semakin merapu-rapu, malah ianya menjadi bahan ejekan kebanyakan rakyat.

Bayangkan, kalau dalam kalangan rakyat sendiri sudah menjadikan berita ini sebagai ejekan, bagaimana tercalarnya imej Malaysia di mata dunia apabila perkara ini tersebar ke seluruh dunia?

Apakah regim Mahiaddin sudah terlalu terdesak untuk mengalihkan perhatian rakyat?

Bukan Makcik Kiah mahu menuduh cirit birit Mahiaddin adalah palsu, tapi apa keperluan sehingga dikeluarkan kenyataan rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri?

Apa pun, menolak politik ke tepi, Makcik Kiah doakan semuga Mahiaddin Md Yasin segera sembuh kerana ramai Ahli Parlimen UMNO dan juga Ahli Parlimen pembangkang sedang menunggu untuk bersoal jawab dengan beliau di dalam Parlimen.

Dan jangan lupa, rakyat juga tidak sabar untuk menunggu jawapan atas setiap persoalan dari Ahli Parlimen yang dikemukakan.

Nasihat Makcik Kiah, mulakan saja sidang Parlimen segera kerana semakin lama ditangguhkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah, semakin marah dan menyampah rakyat ke atas regim Mahiaddin.

Lagi pun perjalanan untuk ke akhir penggal ke 14 Parlimen masih jauh dan mampukah regim Mahiaddin menangguhkan persidangan Parlimen sehingga Mei 2023 dengan keadaan pintu untuk mengisytiharkan darurat sudah ditutup rapat oleh pihak Istana Negara?

bnvbnbn

Related Articles

Video
YouTube