28.6 C
Gombak
Friday, July 23, 2021

Anak Cucu Si Kitol Dalam UMNO Sudah Di Ketahui, UMNO Mesti Bertindak Tegas

Must read

Dalam sejarah tamadun manusia, watak pengkhianat akan sentiasa wujud untuk dicatatkan dalam sejarah, kerana sejarah itu sendiri adalah peristiwa yang berulang-ulang di atas pentas yang berbeza.

Dalam sejarah bangsa Melayu, watak Si Kitol dan Raja Keling Mandeliar adalah watak pengkhianat yang telah berjaya menghancurkan Empayer Melaka dan membuka pintu penjajahan ke atas Tanah Melayu hingga beratus tahun.

Sewaktu serang balas bersepadu besar-besaran bangsa Melayu, armada yang dipimpin oleh Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah tewas dan turut mengorbankan beliau angkara dari watak Si Kitol yang wujud ketika itu.

Pendedahan mengenai wujudnya Si Kitol dalam armada Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah beliau bongkarkan dalam surat amanat beliau yang terakhir.

Kini di abad ke 21, watak dan wajah Si Kitol pengkhianat muncul kembali.

Tahun 1946, parti UMNO ditubuhkan bukan setakat untuk membela bangsa Melayu, malah UMNO juga diberikan amanah untuk mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu dan melepaskan negara dari belenggu penjajah.

Sejak ditubuhkan sehingga kehilangan kuasa pada tahun 2018, bukan sedikit pembangunan dibawa UMNO kepada negara, bukan sedikit anak-anak Melayu yang berasal dari keluarga petani dan nelayan sudah berjaya menjadi usahawan bertaraf jutawan, profesional yang bertaraf dunia dan juga pemimpin yang disegani di peringkat dunia.

Begitu lama anak cucu Si Kitol yang ketika itu diulit kemewahan dan kuasa menyembunyikan wajah sebenar mereka sehinggalah apabila UMNO disingkirkan dari puncak kuasa pada tahun 2018, Si Kitol mula menampakkan wajah sebenar mereka.

Berbagai-bagai cara mereka gunakan untuk bersekongkol dengan musuh yang secara terang dan nyata sudah menyatakan hasrat untuk membunuh UMNO.

Demi kerana mengharapkan laba yang dijanjikan musuh, anak cucu Si Kitol sanggup membuka pintu rumah agam UMNO supaya dapat memudahkan musuh mematahkan tiang seri rumah agam UMNO.

Namun setakat ini, berkat doa dan keikhlasan akar umbi UMNO, rumah agam UMNO masih lagi gagah berdiri di bumi Malaysia ini.

Namun apa yang bakal dilakukan oleh anak cucu Si Kitol ini merupakan puncak pengkhianatan mereka.

Ketegasan Presiden UMNO yang tidak mahu UMNO melutut di kaki PPBM semakin memeningkan kepala pemimpin PPBM yang angkuh.

Lebih-lebih lagi bila Presiden UMNO memberikan kata dua kepada Perikatan Nasional yang diterajui PPBM, sama ada membuka semula Parlimen atau berhadapan tindakan tegas dari UMNO.

Anak cucu Si Kitol diasak oleh tuan mereka supaya melakukan gerakan ‘do or die’.

Seperti orang yang kehilangan akal pertimbangan, anak cucu Si Kitol memulakan gerakan menongkah arus menentang ketetapan parti dan kehendak akar umbi.

Baca di sini:

Ketetapan yang dibuat oleh perwakilan Persidangan Agung UMNO 2020, yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia berani diputarbelit untuk menghalalkan langkah sumbang mereka.

Sangat jelas dari ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bahawa mandat yang diberikan oleh perwakilan PAU (badan tertinggi dalam menentukan dasar parti UMNO), Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO mesti mengeluarkan arahan kepada Ahli Parlimen UMNO supaya menarik diri dari Perikatan Nasional pada bila-bila masa atau selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021.

No Anwar, No DAP Saja Ker YB?
No PPBM YB Terlupa @ Purak Purak Lupa!!!
🤑🤑🤑🤑🤑Tapi anak cucu Si Kitol mengatakan perwakilan PAU 2021 menetapkan UMNO akan tetap menyokong Perikatan Nasional sehingga PRU 15.

Dan tindakan Presiden memanggil Ahli Majlis Kerja Tertinggi untuk mendapatkan persetujuan supaya UMNO menarik diri adalah bertentangan dengan ketetapan PAU 2020 dan Presiden boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Pulak dah…🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kemonlah anak cucu Si Kitol, sekarang zaman IT, pada bila-bila masa akar umbi boleh tenguk balik berulang kali apa yang ditetapkan oleh PAU 2021.

Serangan bertali arus anak cucu Si Kitol ke atas Presiden UMNO sememangnya sudah dijangkakan.

Fitnah kononnya Presiden sedang mengusahakan jajaran baru politik bersama Anwar Ibrahim disebarkan ke seluruh pelosok negara, namun hakikatnya, PPBM lah sebenarnya yang sedang berusaha untuk melakukan kerjasama politik dengan DAP!!

Patutlah Makcik Kiah tenguk Ronnie dari DAP bukan main garang lagi dalam kes pencerobohan kebun durian haram di Pahang!!!

Kalau benar apa yang anak cucu Si Kitol katakan adanya usaha dari Presiden UMNO untuk melakukan jajaran baru politik bersama Anwar Ibrahim, buktikan di media perdana atau pun sosial media, jangan hanya membuat kenyataan tanpa sebarang bukti, itu menabur fitnah namanya.

Apa pun setakat hari ini, anak cucu Si Kitol dikatakan sudah berjaya mendapatkan persetujuan dari 35 Ahli Parlimen UMNO untuk terus kekal bersama Perikatan Nasional sehingga PRU 15 dan Makcik Kiah jangkakan ianya akan terus kekal hingga selepas PRU 15, kita ucapkan selamat tinggal kepada mereka semua.

Dari hidup seperti melukut di tepi gantang selepas PRU 15 nanti eloklah menjadi katak dan melompat ke PPBM.

Mengikut sumber dari Facebook Zaharin Mohd Yasin, berikut adalah senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang setuju dan tidak setuju mengikut ketetapan parti :

Ini senarai Menteri/Tim Menteri bersetuju keputusan parti jika ada arahan letak jawatan.

1. Ismail Sabri Yaakob

2. Noraini Ahmad

3. Shamsul Nasarah

4. Adham Baba

5. HaLimah Siddeq

6. Rizal Merican

8. Mohd Shahar Abdullah

9. Abd Rahman Mohamad

10. Ismail Mutalib

11. Sen Dr Ahmad Masrizal Mohamad

Kekal dlm PN (akan di pecat Ahli UMNO)

1. Hishamuddin Hussein

2. Annuar Musa

3. Khairy Jamaluddin

4. Ismail Mohd Said

5. Ahmad Hamzah

6. Zahidi Zainal Abidin

8. Mastura Yazid

11 -UMNO 8 – PN

Baca di sini:

Paling Makcik Kiah tak boleh brain, ada pula suara dari anak cucu Si Kitol supaya hak eksklusif Presiden menandatangani watikah pilihanraya dikaji semula…😂😂😂

Perkara dah diamalkan sejak UMNO wujud dan bukan hanya UMNO yang amalkan lah weiii…

Kepada akar umbi UMNO, jangan gelisah, biar UMNO menjadi parti yang paling kerdil apabila Parlimen bersidang kelak dengan baki hanya 7 kerusi, tapi sebenarnya itu adalah rahmat buat UMNO kerana UMNO dapat membersihkan anak cucu Si Kitol dari rumah agam UMNO.

In Sya Allah UMNO akan bangkit semula dalam PRU 15 nanti dengan muka baru yang akan menggantikan anak cucu Si Kitol.

Related Articles

Video
YouTube