25.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Ahli UMNO digesa rapatkan saf sempena Ramadan

Must read

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada memegang jawatan tertinggi parti itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Ketereh itu turut meminta ahli UMNO terus mengikut sahaja peraturan dalam parti sehingga sampai masa pemilihan nanti.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, ketika ini adalah lebih baik ahli UMNO mengurangkan desakan dan ketidakstabilan dalam parti.

“Kalau nak undur, itu hak tuan badan (Ahmad Zahid), tempoh jawatan hakiki ini akan tamat 30 Jun, sekarang dah April, dua bulan sahaja lagi.

“Lebih baik ketika Ramadan ini, pemimpin UMNO rapatkan saf, bersabar dan biarkan proses demokrasi berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui dalam penyampaian bakul makanan Ramadan di Kampung Padang Halban, di sini, hari ini.

Annuar berkata, negara memerlukan politik yang stabil dan kerajaan yang memikirkan soal rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, terdapat gesaan supaya Zahid melepaskan jawatan Presiden UMNO selepas terpalit kontroversi rakaman audio yang didakwa perbincangan antara beliau dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Pada masa sama, Annuar enggan mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung usaha membawanya menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Related Articles

Video
YouTube