26.9 C
Gombak
Tuesday, May 11, 2021

Agong tiba di Istana Negara, runding cadangan Tok Abah Kau

Must read

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini tiba di Istana Negara, susulan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang dibawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mesyuarat itu berlangsung susulan spekulasi tersebar luas mendakwa kerajaan mempertimbangkan langkah mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen bagi menangani pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan berkata, Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan dikemukakan Muhyiddin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam pertemuan lebih kurang satu setengah jam, Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat cadangan yang dicapai mesyuarat khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Ahmad Fadil turut memaklumkan, Agong meminta semua rakyat bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan kerajaan.

Related Articles

Video
YouTube