28.6 C
Gombak
Saturday, July 24, 2021

65.3 peratus daftar terima vaksin di Pontian – Ahmad Maslan

Must read

PONTIAN: Kira-kira 65.3 peratus atau 81,792 orang telah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di daerah ini bagi membolehkan mereka menerima suntikan vaksin dalam usaha mengawal penularan pandemik itu.

Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Raffi Abdullah berkata, gerakan bagi mencapai sasaran 80 peratus penduduk yang akan menerima suntikan tersebut sedang dipergiatkan melibatkan pelbagai pihak.

Katanya, langkah pertama adalah dengan penglibatan kumpulan sukarelawan Southern Volunteers (SV) yang akan berganding bahu dengan penghulu dan ketua-ketua kampung di seluruh daerah bagi pendaftaran vaksin terutamanya melibatkan kawasan luar bandar.

Menurut beliau, bagi kawasan bandar dan taman-taman perumahan, ia akan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP) bersama 23 orang ahli majlis dalam 24 zon pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Bagi menjunjung titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kita telah menggerakkan seramai 550 orang SV untuk membantu gerak kerja besar-besaran pendaftaran vaksin di setiap pelosok kampung.

“Kami berharap akan dapat mencapai 80 peratus mereka yang mendaftar sebagai penerima vaksin sejajar dengan sasaran di peringkat kebangsaan untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya ketika mengetuai konvoi pendaftaran vaksin di Kampung Parit Kerimun, Benut, di sini.

Program pendaftaran vaksin disertai seramai 25 orang sukarelawan SV bagi Mukim Benut dan Kampung Parit Kerimun itu berjaya mencapai pendaftaran vaksin sehingga 91 peratus.

Tambah Mohd. Raffi, masalah di kawasan luar bandar adalah capaian internet yang lemah serta nama penerima tiada dalam senarai penerima vaksin terutama dalam kalangan warga emas dan sebagainya.

“Bagi kes-kes seperti itu kita akan mendaftarkan mereka semula bagi membolehkan mereka menerima suntikan vaksin sama ada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Jubli Intan Pontian atau di PPV Dewan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Pekan Nanas,” ujarnya.

Mengenai jumlah penduduk daerah itu yang telah menerima suntikan vaksin, sehingga kini beliau berkata, seramai 17,682 telah menerima dos pertama, manakala 6,709 telah menerima kedua-dua dos.

Katanya, jumlah tersebut dijangka bertambah pada minggu hadapan disamping pihaknya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersedia menggerakkan Unit Bergerak Vaksin (UBV) jika menerima bekalan dos yang mencukupi pada bulan Julai dan Ogos kelak.

Related Articles

Video
YouTube