26.6 C
Gombak
Saturday, May 15, 2021

5 kali kerajaan negeri tukar tanpa bubar DUN, tapi Shafie bubar, kata Najib

Must read

Najib Razak berkata sebelum bekas ketua menteri Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 5 kali kerajaan negeri bertukar tanpa pembubaran DUN.

Bekas perdana menteri itu berkata, pertukaran kerajaan negeri terbabit semuanya berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Di Sabah pada 2018 dan di Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020.

“Tak ada pun DUN 5 negeri ini terpaksa dibubar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pula,” katanya di Facebooknya hari ini.

Najib berkata, ketika Shafie merampas kerajaan Sabah daripada Musa Aman, tiada juga pembubaran DUN.

“Musa cuba rampas kuasa Shafie, DUN dibubar pulak.

“Cuma Shafie berhak merampas kuasa dari Musa Aman tapi Musa Aman tak berhak buat yang sama pada Shafie, kan,” soalnya.

Terdahulu Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menyelar dakwaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi, yang menuduh Shafie sebagai punca penularan Covid-19 di Sabah kerana membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Azis berkata PRN tidak akan diadakan jika bukan kerana tindakan bekas ketua menteri, Musa, yang mahu merampas kuasa daripada kerajaan negeri sebelum ini.

Dalam pada itu, Najib berkata tuduhan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan Musa menyogok Adun Warisan Plus untuk melompat parti tanpa bukti dan tidak membuat laporan polis.

Katanya, parti yang melompat kepada Musa tahun ini adalah wakil rakyat DAP, PKR, Upko dan Warisan.

“Adakah apa yang dimaksud PH ialah wakil-wakil rakyat DAP, PKR, Upko dan Warisan memang mudah dirasuah ke,” katanya.

Saya baca ada beberapa penyokong PH yang komen dalam posting saya pagi ini bahawa Shafie tak akan bubarkan DUN Sabah…

Posted by Najib Razak on Wednesday, 7 October 2020

Related Articles

Video
YouTube