27.3 C
Gombak
Thursday, July 29, 2021

38 dikompaun, seorang pengurus pusat hiburan ditahan

Must read

Kedegilan sebuah pusat hiburan di Arena Mentari, Bandar Sunway di sini, yang beroperasi tanpa lesen sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras mengundang padah apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan pada 10.30 malam itu mendapati seramai 39 orang termasuk pekerja berusia 27 hingga 59 tahun berada dalam premis terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pengurus premis iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun melakukan kesalahan apabila gagal mengemukakan lesen pusat hiburan serta tidak mempunyai lesen menjual minuman keras.

“Pengurus premis itu dikenakan tindakan kompaun dan ditahan bagi siasatan lanjut.

“Seramai 38 orang dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana berada di dalam premis hiburan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mereka diambil tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ((Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat)(No. 4) 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut dirampas 11 botol arak, peralatan audio, resit perniagaan dan wang tunai sebanyak RM1,180.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa),” katanya.

Related Articles

Video
YouTube