31.6 C
Gombak
Saturday, April 17, 2021

20 wakil rakyat DAP masuk MCA?

Must read

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak tahu apa-apa mengenai spekulasi bahawa kira-kira 20 wakil rakyat DAP akan keluar parti dan menyertai MCA.

China Press melaporkan terdapat spekulasi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng akan keluar parti bagi menyertai MCA.

Tindakan wakil rakyat Perak itu dikatakan mungkin diikuti sejumlah Ahli Parlimen dan ADUN lain yang jumlahnya mencecah 20 orang.

Kok Wai ketika ditanya mengenai spekulasi itu oleh China Press bagaimanapun hanya membalas secara ringkas: “saya tidak tahu apa-apa tentang hal ini.”

Sebelum ini, akar umbi MCA dikatakan tidak berpuas hati apabila kepimpinan pusat dikhabarkan menerima seorang ADUN DAP dari kawasan Kampar di Perak.

Spekulasi kemudian menjurus kepada Cheok Keng dan ADUN Pokok Asam, Leow Thye Yih.

Selain itu, penyertaan Cheong Keng dalam MCA dilaporkan bakal diumumkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming ketika dihubungi Sinchew Daily enggan mengulas kerana perkara lompat parti itu belum disahkan.

Ketua MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon pula berkata, partinya mengalu-alukan kemasukan sesiapa sahaja yang memegang prinsip perjuangan yang sama.

Rujukan:
[Video] Sentimen anti keluarga Lim memuncak dalam DAP

Related Articles

Video
YouTube