25.3 C
Gombak
Tuesday, June 22, 2021

14 maut kereta kabel jatuh di pergunungan Itali

Must read

ROME: Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta kabel dinaiki jatuh 20m dan terhempas di kawasan pergunungan di utara Itali.

Kereta kabel itu yang membawa penumpang ke kawasan pergunungan jatuh kira-kira 20m dipercayai akibat satu kabel terputus, seterusnya bergolek menuruni kawasan curam sebelum terhenti di kawasan hutan, kata Datuk Bandar Stresa, Marcella Severino.

Pendaki yang berada berhampiran berkata mereka terdengar bunyi mendesis sejurus sebelum nahas berlaku.

Severino berkata, beberapa mangsa ditemui terperangkap dalam kereta kabel itu manakala yang lain tercampak ke luar dan dijumpai dalam kawasan hutan.

Pasukan menyelamat pergunungan Itali menerima panggilan kecemasan sekitar waktu tengah hari.

Katanya, dua kanak-kanak dibawa ke hospital di Turin menaiki helikopter.

Malangnya, seorang daripadanya berusia sekitar sembilan tahun meninggal dunia manakala kanak-kanak kedua dianggarkan berumur lima tahun dalam keadaan sedar ketika tiba di hospital dan menjalani pembedahan kerana pelbagai keretakan dan patah tulang.

Ketua Pengarah Hospital Giovanni La Valle berkata pihaknya tidak mempunyai butiran peribadi kanak-kanak itu, dan tiada anggota keluarga mencari mereka seterusnya diandaikan turut terlibat dalam nahas itu.

Perkhidmatan kereta kabel Stresa-Mottarone itu membawa pelancong serta penduduk tempatan dari pekan di Tasik Maggiore, hampir 1,400m di atas paras laut, ke puncak Gunung Mottarone.

Kementerian Luar Israel berkata pihak berkuasa Itali telah mengesahkan lima rakyatnya terbunuh manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal.

Related Articles

Video
YouTube