26.5 C
Gombak
Saturday, July 31, 2021

12 operator judi dalam talian ditahan

Must read

KUCHING: Seramai 12 anggota sindiket perjudian dalam talian dengan 11 daripadanya adalah warga asing ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah teres di Batu Kawa, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai, berkata rumah terbabit dikenalpasti menjadi pusat panggilan bagi aktiviti perjudian dalam talian sejak lima bulan lalu.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai meraih pendapatan antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan.

“Daripada 11 warga asing itu, enam adalah wanita dan lima lagi lelaki manakala seorang lagi yang ditahan adalah wanita tempatan dengan semuanya berumur antara 18 hingga 28 tahun.

“Serbuan itu dilakukan oleh anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hasil risikan dan intipan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 11 komputer riba turut dirampas dalam serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4 (1) (C) akta sama.

Katanya lagi, sejak 1 Januari hingga 17 Oktober ini, sebanyak 676 premis yang terbabit dalam aktiviti judi diserbu dan bekalan elektrik dipotong dalam operasi yang dijalankan bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).

Related Articles

Video
YouTube